Jun 14, 2011

RUHUL ZIKRI 1

Oleh
Syeikh Mahmud Al‐Majzub
©Madrasah Nurul Iman
2
Petikan dari buku Ruhul Zikri Jilid 1 ini mengandungi sebahagian dari kata‐kata sufi Syeikh Mahmud Al‐Majzub yang lebih dikenali dengan Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud Al‐Kedahi di alam kesufian, pengasas Madrasah Nurul Iman. Kata‐kata ini dipetik daripada syarahan dan nasihat beliau kepada murid‐muridnya. Kata‐kata sufi yang diungkap oleh Syeikh Mahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagian daripada kata‐kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsung mengikut fahaman orang awam. Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap dengan rahmat dan kasih sayang Allah dapat menangkis tuduhan‐tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawwuf. Semoga petikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa dan mendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba‐hambaNya di dunia ini, Insya Allah.

1. Perkara kerohanian tidak boleh difahami dengan akal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Syeikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2. Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal‐awal lagi syaitan tipu.

3. Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.

4. Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah‐mudahan Allah s.w.t. ampun dosa kita.

5. Bila ibadat kita palsu, kita ikut hawa nafsu. Seperti kapal terbang palsu yang banyak jual di kedai.

6. Selagi mana kita boleh ikut hawa nafsu menunjukkan kita masih palsu.

7. Cari jalan mengendalikan ummah asalkan mempraktikkan Sunnah.

8. Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah s.w.t., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh‐sungguh dengan Allah s.w.t., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

9. Selagi mana terasa kita banyak ibadat, itu tanda kurang ikhlas tidak menuju “Rodhiah” tetapi terhenti kepada Abid tidak (fana’ ‘ul‐fana’).

10. Perkara kerohanian tidak boleh difahami melainkan rahmat Allah s.w.t semata‐mata, melalui Rasulullah s.a.w, melalui ahli zaman dan dengan bermunajat kepada Allah s.w.t. Kalau kenal (tahu tentang perkara kerohanian) dengan cerita‐cerita orang (perasaan kita itu tidak sah).

11. Kalau tak senang dengan sesuatu, DIAM! Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah s.w.t. Semoga jadi hamba Allah s.w.t.

              ....bersambung...