Aug 27, 2011
Ya ALLAH, Ramadhan bakal berakhir!!!
Adakah ini ramadhan yang terakhir buat kita sbg hambaNya??
Adakah kita masih berpeluang bertemu dengannya lagi??
Sama-sama kita mengambil kesempatan yang ada ini untuk kita terus bersyukur dan memperbanyakkan sujud dan iibadah kepadaNya..yaAllah,terima taubat kami dan jauhkan kami daripada api neraka...Ameen yaRabb
Adakah ramadhan ini lebih baik buat kita atau sebaliknya, sama-sama kita berfikir tentangnya...
yaAallah, andai kami diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan yang akan datang,jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan redha di atas setiap ketentuanMu..Ameen yaRabb...
ya Allah,terimalah taubat kami,hanya padaMu kami memohon keampunan..
hanya padaMu kami bersujud...Allah,Allah,Allah..
RUHUL ZIKR 1 (bhgn 2)
12. Kerja dunia boleh tangguh‐tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh‐tangguh.
13. Watak Auliya’: Kena maki tak mudarat, kena puji tak manfaat.
14. Kenal Allah s.w.t. lebih mudah daripada kenal para wali, kerana mereka Allah s.w.t. pakaikan
dengan sifat kekurangan. Sebagai mana kafir musyrikin tidak mengenal Rasulullah s.a.w.
(walhal Rasulullah, Allah s.w.t. pakaikan baginda dengan penuh sifat‐sifat kesempurnaan).
15. Hendak kenal wali tanyalah Allah s.w.t., jangan tanya orang.
16. Para wali tidak boleh dikenal dengan hawa nafsu.
17. Saya berdoa kepada Allah s.w.t. nak jadi hamba Allah s.w.t., bukan nak jadi wali.
18. Buat ibadat nak jadi wali, SYIRIK!
19. Allah s.w.t. tak pilih orang malas jadi wali.
20. Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan.
21. Orang yang sebenar cinta Allah s.w.t. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.
22. Saya nak bawa kamu jadi hamba Allah s.w.t.
23. Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu
menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah s.w.t. yang bertaqwa.
24. Saya hamba Allah s.w.t. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang ALLAH s.w.t
bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.
25. Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur
Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia.
26. Taslim (penyerahan). Nak pun tidak, tak nak pun tidak. Cepat pun tidak, lambat pun tidak.
27. Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, auliya’ atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali
dengan orang soleh, ini cerita kartun.
28. Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk syurga, dengan nabi Musa
a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
29. Tak guna hidup kalau mementingkan diri sendiri sahaja.
30. Uwais Al‐Qarni, jasadnya mengembala unta, rohnya mengembala manusia beriman kepada
31. Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu ammarah kemudian (dalam masa
yang sama mereka) berdoa dengan Tuhan (agar dianugerah sama seperti orang yang berjaya
di sisi Allah). Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah s.w.t. jadikan nafsu ammarah
supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.
32. Cara cuci hati, banyakkan baca Al‐Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci,
barulah ada tauhid.
33. Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu,
tetapi ia adalah anugerah Tuhan.
34. Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).
35. Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan
Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah
kera.
36. Tuhan tidak bagi taufik hidayah pada orang yang zalim. Sebesar‐besar kezaliman ialah
mengikut hawa nafsu.
37. Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya,
banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.
38. Matlamat saya bukannya batu, kayu ( bangunan ) dan ramai orang, tetapi saya nak orang yang
bersungguh mengikuti garisan syariat dan toriq.
39. Saya mengajar ilmu para wali bukannya ilmu tok sami!
40. Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak
fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.Allah s.w.t.
41. Saya kagum dengan ketahanan yang ada pada Hallaj, orang korek mata, kerat tangan dia, dia
tidak rasa sakit.
....bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)
