Jul 24, 2010

TEGURAN DARI ALLAH


SubhanaAllah, SubhanaAllah,  SubhanaAllah ,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
AllahuAkhbar, AllahuAkhbar,  AllahuAkhbar,
Itulah kalimah yang bisa menggambarkan betapa aku bersyukur dihidupkan di atas muka bumi ini
Hari-hari kita disediakan dengan pelbagai nikmat
Sehingga tidak bisa dihitung oleh kita
Nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepada  hambaNya ialah NIKMAT IMAN, NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IHSAN.
Terima kasih ya Allah,
Kerna engkau telah memilih kami untuk menikmati NIKMAT-NIKMAT yang  tidak ternilai ini
………………………………
 SubhanaAllah, Masya Allah, HasbunAllah,
Suatu peristiwa yang benar-benar menggegarkan jiwa aku, menyedarkan aku akan tanggungjawab
Yang besar yang perlu aku jalankan selaku hambaNya,
Yang benar-benar mengusik jiwaku, benar-benar buat aku tidak keruan pada malam tersebut.
Waktu itu, aku baru pulang dari pesanteran habis mendengar nasihat serta peringatan daripada Kiyai Hassan,
Ada yang khabarin ke aku ada seorang pelajar perempuan yang sebelumnya beragama kristian,
Kini telah menjadi seorang muslimah,kembali kepada agama yang sebenar di sisiNya…..
Aku turut dikhabarin dia kini tidak lagi berpakaain seperti sebelumnya,
Pakaianya terus berubah, dia berpurdah dan berjubah persis seperti wanita-wanita Islam yg berpurdah,
 Saat itu, jantung aku berdegup kencang,nafasku tidak teratur,rasa seperti malaiakat maut sedang menghampiri,
Aku tahu, ini adalah teguran dariNya
Teguran agar sentiasa berjaga-jaga dalam segala hal,
Teguran agar aku tidak leka dalam menjalani kehidupan di muka bumiNYA

Ya Allah, segala pujian hanyalah Untukmu……
Dalam sekelip mata, dia bisa berubah
Aku berasa sungguh malu, bagaiamana harus aku berhadapan denganMU, tidak layak untukku sama sekali untuk hidup di muka bumi MU ini Ya Allah,
Yang dia baru mengenal Islam dalam beberapa bulan,
Tetapi sudah bisa merubah dirinya menjadi seorang Muslim yang boleh dikatakan sempurna
Dari segi pemakainya, akhlaknya,

Bagaimana mungkin si,
Sejak kecil lagi Islam itu telah kita ketahui sebagai Agama kita,
Kita ini diasuh dan dididk serta didedahkan dengan ajaran Islam,
Segala suruahan dan laranganNya telah kita ketahui sejak kecil,
Tetapi mengapa ya kita ini tidak bisa menjadi sepertinya
Berpakaian seperti dia, berakhlak seperti dia?????????????
Saya tinggalkan soalan ini buat muslimah yang saya cintai di luar sana…..

Ayuh para wanita di luar sana,
Tunggu apa lagi, berubahlah
Coba kalian bandingakan diri kalian dgn dia
Tidakkah ianya memberi kita sejuta pengajaran?????

Saya menyeru di sini, agar wanita di luar sana berubah
Tidak semestinya berpurdah, tetapi berpakaianlah seperti yang diajar dan dianjurakn  oleh Islam,
Ayuh mari kita sama-sama jadikan sebagai contoh terdekat untuk terus maju…    

YA ALLAH PELIHARALAH KAMI DARI FITNAH DUNIA….AMEEN YA RABB…. 

Jul 21, 2010

Senyuman Jutaan Terima Kasih Buat Mereka......

Maraming Salamat Semuanya

Alhamdulillah, program pertama yg dihandle oleh saya berjaya dilaksanakan seperti mana yg dirancang.
Jutaan terima kasih yg tidak terhingga buat semua yg terlibat bagi menjayakan program ini.
Waduh,walau agak capek ngurusin program ini, tetapi manis loh pengalaman yg ku dapat.
Buat semua yg terlibat sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan.
Buat kabir,ideamu sungguh bernas deh:-),buat zarif atas pertolongan yg diberi, buat rahman,Hamid,Radhi,Naim, Salleh n Batin,terima kasih semuanya. Aku cinta bangat sama kalian......eggak tahu deh,gimana jika kalian gak ada??????
Semoga program ini banyak memberi informasi dan perubahan besar buat Wanita-wanita yg ku cintai di luar sana.......Ameen

Untuk Mu Wahai Wanita Permata Suci

Jun 22, 2010

Ya Allah...Kuatkan Iman Kami Dalam Perjuangan Ini

Beritahulah Kepada Muslimah........

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,

dihantuk serpih,

dihempap berkecai.



Beritahu pada muslimah itu

jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,

terlalu rendah dipijak pula,

cakap sombong mengundang lawan,

hati-hati meluah kata,

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa.



Beritahu pada muslimah itu

jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,

jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,

akan dihukum selamanya,

keturunan dicerca payah,

menyesal kemudian bukan faedah.



Beritahu pada muslimah itu

jaga pakaian;

ia cermin peribadi,

juga lambang bangsa,

di mana dan dalam keadaan macam manapun,

biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

The Power of Green